Seo Services

Presiden FAS & Pemain Hanya Diumumkan 7 Januari


KUCHING: Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dan senarai penuh pemain hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 7 Januari tahun depan.

Pemangku Presiden FAS, Abdul Wahab Rahim berkata, terdapat beberapa nama disyorkan untuk jawatan 'nombor satu' itu namun keputusan hanya diketahui selepas AGM.

"Apa yang pasti, selepas AGM itu nanti, kita akan ada presiden. Begitu juga dengan senarai pemain yang akan diumumkan pada hari tersebut," katanya.

Menurutnya, buat masa ini pemain dan exco masih berada di Perth, Australia untuk mengikuti perlawanan pra musim dan pada masa sama mencari pemain import asing.

"Persiapan pasukan buat masa ini pada tahap 90 peratus," ujarnya.

Disebalik kemelut melanda beberapa pasukan dalam Liga Malaysia, Wahab menegaskan, Sarawak akan bermain pada musim depan dan tidak akan menarik diri daripada saingan.

"Saya akan menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan pada 22 Disember ini untuk mengesahkan penyertaan," jelasnya.

Biarpun Sarawak mengamalkan perbelanjaan yang berjimat musim depan, beliau tetap optimis pasukannya mampu berada dalam kelompok enam teratas.

"Kita mengamalkan perbelanjaan berhemah dan berjimat musim depan. Sekitar RM7 juta untuk perbelanjaan mengurus pasukan senior musim depan," kata Wahab lagi.

Paling menarik jelasnya, pasukan Sarawak akan berwajah baharu musim depan bukan sahaja kehadiran pemain muda tetapi jersi dan logo juga akan berubah.-Sarawakiana

Presiden FAS & Pemain Hanya Diumumkan 7 Januari Presiden FAS & Pemain Hanya Diumumkan 7 Januari Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.