Gambar Hiasan |
MARANG : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pengendali dan paraglider yang didakwa penduduk jatuh di perairan Pulau Kerengga, di sini, kelmarin, masih tidak menemui sebarang petunjuk.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marang, Abdullah Zawawi Mohamed berkata, pencarian bermula 7.30 pagi tadi dilakukan dengan menggunakan lima bot membabitkan masing-masing dua bot polis dan bomba serta satu bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"Kita memperluaskan kawasan pencarian sehingga 15 kilometer dari lokasi yang dilaporkan mangsa jatuh sehingga ke perairan Gong Balai, di sini," katanya.
Beliau yang mengetuai operasi berkenaan berkata, setakat ini pencarian dilakukan dengan membuat pemantauan di permukaan air.
Katanya, setakat ini pihaknya belum menemui sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu.
Rabu lalu, seorang penduduk yang sedang memancing di perairan Pulau Kerengga berhampiran Taman Buaya, di sini, mendakwa melihat paraglider berkenaan jatuh ke laut jam 6.45 petang.-HM
Paraglider Jatuh Belum Dijumpai
Reviewed by Unknown
on
December 16, 2016
Rating:
No comments: