Seo Services

Penurunan Kuasa Sarawak Dan Sabah Terus Dapat Perhatian



KUCHING : Penurunan kuasa Sarawak dan Sabah akan dilakukan dalam satu mesyuarat di antara Jawatankuasa Pemandu Penurunan Kuasa dan Kerajaan Pusat tidak lama lagi.

Intipati mesuarat tersebut adalah berkenaan input-input hasil daripada mesyuarat jawatankuasa teknikal yang telah berlangsung pada 1 Desember lepas.

Datuk Seri Nancy Shukri yang merupakan Pengerusi bersama Jawatankuasa Pemandu berkata pihaknya perlu mendengar input-input tersebut terlebih dahulu sebelum jawatankuasa pemandu yang juga dipengerusikan oleh Datuk Seri Anifah Aman bermesyuarat sebelum mengemukakan laporan pertama kepada kebinet.

Beliau dan Anifah akan bermesyuarat sebaik sahaja input-input daripada jawatankuasa teknikal sudah diperdengarkan oleh mereka dan akan membuat laporan seterusnya untuk dilaporkan ke kabinet, kata Nancy kepada sidang media di Bilik Tetamu Kenamaan LTAK semalam.

Sebelum ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah berkata mengenai penurunan kuasa kepada negeri daripada kerajaan persekutuan akan dibincangkan oleh jawatankuasa teknikal dalam perbincangan fasa kedua.-Sarawakiana
Penurunan Kuasa Sarawak Dan Sabah Terus Dapat Perhatian Penurunan Kuasa Sarawak Dan Sabah Terus Dapat Perhatian Reviewed by Unknown on December 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.