KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd memenangi dua anugerah pada Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 Institut Automotif Malaysia (MAI) (COTY 2016) bagi model Saga dan Persona.
Dua anugerah tersebut bagi kategori, Kereta Nilai Untuk Wang (Proton Saga) dan Model Paling Meningkat dari segi Kecekapan Bahan Api (Proton Persona), diumumkan pada majlis makan malam gala Malaysia COTY 2016 malam tadi.
“Menerusi kaji selidik pasaran yang dikendalikan, kami membuat penambahbaikan bagi kereta kami agar kami dapat memenuhi keperluan umum segmen pasaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Saga generasi ketiga yang ditambah baik itu berharga antara RM36,800 hingga RM45,800 manakala Persona antara RM46,800 hingga RM59,800.
Ahmad Fuaad berkata pengiktirafan ini akan meningkatkan lagi usaha syarikat itu untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan. – BERNAMA
Proton Menang 2 Anugerah Di Anugerah Kereta Malaysia 2016
Reviewed by uMieySurianie
on
December 16, 2016
Rating:
No comments: