Seo Services

PRS Memiliki Wanita Yang Berkaliber Untuk Diketengahkan


KUCHING : Part Rakyat Sarawak (PRS) mempunyai rekod yang cemerlang pada pilihanraya negeri yang lepas dan turut memiliki wanita yang berkaliber untuk diketengahkan pada pilihanraya umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Sayap Wanita PRS telah menyuarakan sudah tiba masanya untuk wanita diberi peluang untuk berdiri bersama-sama kaum lelaki dan menjawat jawatan penting seperti wakil rakyat.

Maklum balas daripada kalangan pemimpin PRS turut menyambut baik usul wanita tersebut memandangkan wanita PRS mempunyai pengalaman yang luas dalam politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong berkata, tidak dinafikan peranan wanita begitu penting dalam parti.

"Ada baiknya usul wanita tersebut kerana kita tidak boleh menidakkan peranan wanita yang telah menunjuk prestasi cemerlang setiap kali pilihanraya di adakan.

"Apapun usul wanita untuk di calonkan sebagai wakil rakyat, ia terpulang kepada presiden parti untuk membuat keputusan dan saya tetap menyokong keputusan presiden," katanya ketika dihubungi Sarawakiana.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PRS Kr Andy Lawrence bahawa PRS percaya kepada merit dan sesiapa sahaja boleh diketengahkan ke peringkat tertinggi.

"PRS turut memiliki wanita yang berkaliber dan memiliki pengalaman dalam bidang politik sejak sekian lama.

"Kenapa tidak wanita dicalonkan pada PRU, namun ia terpulang kepada presiden untuk membuat keputusan dan percaya presiden mempunyai alasan terbaik untuk wanita PRS," ujarnya.-Sarawakiana
PRS Memiliki Wanita Yang Berkaliber Untuk Diketengahkan PRS Memiliki Wanita Yang Berkaliber Untuk Diketengahkan Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.