Seo Services

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Rempuhan Di Berlin



PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada warganegara Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan trak di Berlin, Jerman semalam.

Dalam kejadian itu seramai 12 orang terkorban dan lebih kurang 50 lagi cedera apabila seorang pemandu treler traktor telah merempuh Christmas Market di Breitscheidplatz Square, Kurfuerstendamm Avenue barat Berlin, Jerman.

Kemeterian dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, Kedutaan Besar Malaysia di Berlin melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Frankfurt sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan telah memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar Berlin berhubung kejadian tersebut.

"Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden ini," ujarnya. - K! ONLINE


Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Rempuhan Di Berlin Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Rempuhan Di Berlin Reviewed by Unknown on December 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.