Seo Services

Sarawak Mungkin Pantau Banjir Guna Sidang Media

Image result for Douglas Uggah
KUCHING: Sarawak mungkin akan menggunakan kemudahan komunikasi sidang video bagi memantau kejadian banjir pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pendekatan yang masih dalam perancangan itu akan menghubungkan perbualan daripada ibu pejabat (bilik gerakan operasi) kepada peringkat daerah.

“Kita telah menguji komunikasi sidang video ini tadi (semalam) semasa taklimat persediaan banjir.

“Ini kerana kita mahu menggunakan sidang video pada masa akan datang untuk kita berkomunikasi daripada ibu pejabat kepada peringkat daerah,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Uggah berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo mengenai Lawatan dan Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir yang diadakan di Bilik Gerakan Operasi Negeri di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata, semasa mesyuarat persediaan banjir itu, ia menunjukkan hasil baik apabila semua kekuatan berada dalam persediaan sepenuhnya.

Katanya, ia termasuk sistem komunikasi antara peringkat akar umbi di bawah peringkat daerah hingga ke bahagian sekretariat.

Mesyuarat turut dihadiri wakil jawatankuasa pengurusan bencana, Jabatan Meteorologi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak serta pelbagai agensi lain.

“Persediaan dari segi keseluruhan memang sentiasa sedia sepenuhnya dan kini kita sedang memantau keadaan cuaca hujan terutama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Mereka perlu bersedia bagi menjaga sistem pemantauan banjir selain memberi maklumat.

Begitu juga di peringkat ibu pejabat, peringkat akar umbi serta yang lain agar sama-sama bersedia,” katanya.

Uggah turut menasihatkan kepada semua masyarakat khasnya di kawasan rendah untuk sentiasa peka dengan pengumuman atau maklumat mengenai banjir di kawasan masing-masing.

Jelas beliau, bagi mereka yang perlu berpindah mereka perlu berbuat demikian mengikut arahan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti selama ini.

“Kadangkala apabila kita menghadapi masalah sebegini, ia akan mewujudkan keadaan panik, maka kita berharap semua saling bantu-membantu,” tegasnya sambil memberitahu persediaan dari segi logistik dan anggota yang terlibat di seluruh negeri juga sentiasa bersiap sedia. - UB
Sarawak Mungkin Pantau Banjir Guna Sidang Media Sarawak Mungkin Pantau Banjir Guna Sidang Media Reviewed by Azmin on December 17, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.