Seo Services

Proses Pemindahan Aleppo Digantung, Ribuan Terperangkap

ALEPPO: Kerajaan Syria menggantung proses pemindahan orang awam dan pejuang dari medan pertempuran terakhir pemberontak di Aleppo hari ini menyebabkan ribuan terperangkap dengan nasib mereka tidak diketahui. 

Rayuan datang dari seluruh dunia agar pemindahan itu diteruskan semula dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memberi amaran bahawa Aleppo kini bertukar mirip 'medan neraka'. 

"PBB mendesak agar semua pihak mengambil langkah sewajarnya bagi membolehkan proses pemindahan penduduk dilakukan dengan selamat," katanya di New York. 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga mahu semua pihak agar menghormati perjanjian Aleppo. 

Ankara yang menyokong pemberontak menjadi orang tengah kepada kumpulan yang disokong Moscow menegaskan, ribuan orang awam masih menunggu untuk keluar dari Aleppo. 

Turki dan sumber tentera Syria berkata, pemindahan keluar penduduk sudah digantung namun ia bukannya dihentikan, manakala Moscow pula tetap menegaskan operasi pemindahan sudah lengkap apabila semua wanita dan kanak-kanak dikeluarkan dari bandar itu. 

Wakil AFP berkata, konvoi yang terbabit dalam pemindahan sudah meninggalkan kawasan timur itu dan operasi digantung apabila mereka diarah untuk berpatah balik. 

Operasi pemindahan orang awam dan pemberontak keluar dari timur Aleppo bermula kelmarin dan ia berterus sepanjang malam dengan ribuan meninggalkannya menerusi bas dan ambulans. 

Namun keadaan berbeza pada pagi Jumaat apabila operasi digantung dengan kerajaan Syria menuduh pemberontak melanggar syarat perjanjian gencatan. 

Siaran televisyen tempatan Syria melaporkan, pemberontak cuba menyeludup keluar bersama senjata dan tebusan dari Aleppo. 

Sementara itu Palang Merah yang bertindak menyelaras operasi pemindahan mengesahkan operasi berkenaan ditangguh. - AFP

Proses Pemindahan Aleppo Digantung, Ribuan Terperangkap Proses Pemindahan Aleppo Digantung, Ribuan Terperangkap Reviewed by Azmin on December 17, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.