Seo Services

Singapura Harap Hubungan Lebih Kukuh Dengan Malaysia Di Bawah Pemerintahan Sultan Muhammad V


SINGAPURA: Kerajaan Singapura berharap dapat menjalin hubungan lebih kukuh dengan Malaysia di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V.

"Saya yakin Malaysia akan menikmati kemajuan yang baik di bawah pemerintahan baginda," kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam surat tahniah yang diedarkan kepada media lewat Khamis.

Lee berkata Malaysia dan Singapura berkongsi sejarah yang panjang membina hubungan rakyat kedua-dua buah negara.

"Melihat ke hadapan, projek-projek bersama seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan menjadikan hubungan rakyat Malaysia dan Singapura lebih erat.

"Saya berharap untuk mengukuhkan hubungan antara negara kita, semasa di bawah pemerintahan baginda," kata Lee.

Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara, pada Selasa.

"Bagi pihak kerajaan Singapura, saya ingin merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15," catat Lee dalam surat tahniah itu.

Lee turut menyampaikan penghargaan kepada Sultan Muhammad V yang memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang bekas perdana menteri pertama Singapura.

"Kami akan menghargai kehadiran Tuanku yang memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang Lee Kuan Yew pada Mac 2015.

"Isteri saya turut bersama-sama saya mengucapkan kejayaan bagi Tuanku," katanya.-mStar
Singapura Harap Hubungan Lebih Kukuh Dengan Malaysia Di Bawah Pemerintahan Sultan Muhammad V Singapura Harap Hubungan Lebih Kukuh Dengan Malaysia Di Bawah Pemerintahan Sultan Muhammad V Reviewed by Unknown on December 16, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.