Seo Services

Tak Bosan Dengan Warna Hijau



NEW YORK: Elizabeth Eaton Rosenthal atau lebih dikenali sebagai Elizabeth Sweetheart, artis seni halus di sini, berpakaian dan menghiasi dirinya dari rambut hingga ke kaki dengan pelbagai warna hijau sejak 20 tahun lalu.

Baginya, hijau adalah warna paling positif dan menggembirakan di dunia dan tidak dapat membayangkan dirinya jika berpakaian warna lain.

Wanita itu yang juga terkenal dengan gelaran ‘Wanita Hijau Taman Carroll berkata, dia sebelum ini gemar berpakaian ala 1930-an sebelum memilih pakaian satu warna seperti perak, merah jambu, ungu, biru dan akhirnya hijau yang menurutnya, tidak pernah membosankan dirinya.

Hingga ke hari ini dia akan mewarnakan rambutnya hijau sementara pakaiannya terdiri daripada pelbagai warna hijau. Segala yang dibelinya, dari tuala, produk penjagaan kulit hingga ke perabut juga berwarna hijau.

“Mungkin kerana saya membesar di Nova Scotia dan apabila berpindah ke New York, saya amat merindui warna hijau di sekeliling saya,” katanya ketika diwawancara akbar New York Times.- Harian Metro
Tak Bosan Dengan Warna Hijau Tak Bosan Dengan Warna Hijau Reviewed by uMieySurianie on December 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.