SEEKOR ular mendapat nama jolokan ‘Doorknob’ setelah memakan tombol pintu yang disangkanya sebagai telur ayam.
Menurut sebuah laman antarabangsa, reptilia berkenaan dibiarkan membiak oleh seorang peladang di Ballwin, Missouri, Amerika Syarikat berhampiran reban ayamnya untuk menangkap tikus yang berkeliaran di sekitar kawasan tersebut.
Seperti kebiasaannya, peladang itu meneruskan rutin harian memeriksa reban ayamnya namun terkejut dengan melihat perut ular itu membonjol.
Sangsi dengan benjolan tersebut, peladang itu telah membawa ular berkenaan ke klinik veterinar yang terdapat di bandar itu untuk menyiasat apa yang dimakan oleh reptilia berkenaan.
Setelah melakukan imbasan X (X-ray), doktor mengesahkan benjolan yang ada di dalam perut ular itu adalah tombol pintu dan pembedahan terpaksa dilakukan untuk membuangnya.
Difahamkan tombol pintu itu pada asalnya diletakkan oleh peladang tersebut di atas tanah sebagai ‘telur palsu’ bagi menggalakkan ayam ternakannya bertelur.
Namun tidak menyangka lain pula yang terjadi apabila ia menjadi santapan seekor ular yang menyangka ianya adalah telur ayam.
Reptilia berkenaan terpaksa menjalani tempoh ‘berehat’ selama beberapa bulan bagi menyembuhkan kesan pembedahan sepanjang 6 inci di perutnya sebelum dilepaskan semula ke habitatnya. – MYNEWSHUB.CC
Ular 'Amerika' Makan Tombol Pintu
Reviewed by Unknown
on
December 06, 2016
Rating:
No comments: