Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dalam keadaan sadis akibat ditikam ibunya sendiri sebanyak 28 kali di Indonesia, pada Ahad lalu.
Dalam kejadian di Jalan Dahlia Ujung, Lingkungan IV, Desa Suka Makmur, Kecamatan Delitua, Sumatera Utara itu, mangsa, Mohamad Altahir, ditikam oleh ibunya, Pretty Juliana Ningsih Hasibuan, 32, sebanyak 28 kali menggunakan dua pisau.
Menurut laporan Tribun Medan, Pretty mengalami masalah kemurungan dan stress selepas ditinggalkan suami.
Sementara itu, abang kandungnya, Sutan, yang menumpangkan Pretty tinggal di rumahnya sejak 12 tahun lalu akui terkejut dengan insiden itu.
“Sewaktu kejadian, saya tidak berada di rumah. Lagi beli nasi di warung. Saya tidak menyangka, dia sampai begitu,” kata Sutan.
Menurut kakak ipar Pretty, Melisa, mereka tahu penyakit kemurungan yang dialami Pretty dan sudah selalu membawanya berubat.
Semasa hari kejadian, seorang jiran bernama Dewi ternampak dua anak Sutan iaitu Jafa dan Radit berlari keluar dari rumah sambil menangis dan meminta tolong.
Dewi lantas bertanyakan apa yang berlaku. Anehnya, kedua kanak-kanak itu menunjukkan wajah ketakutan.
Berikutan itu, Dewi bergegas masuk ke rumah Sutan.
“Bila saya masuk ke rumah, saya lihat mangsa sudah mati dengan ususnya terburai. Seluruh badan mangsa penuh dengan kesan tikaman dan paling banyak di bahagian perut selain ususnya terkeluar sepanjang satu meter,” kata Dewi.
Sementara itu, seorang warga setempat sempat menyoal siasat Pretty dan dia memaklumkan bertindak sedemikian melihat ada bayangan perompak yang masuk ke rumah abangnya sebelum menikam ‘perompak’ yang merupakan anaknya itu.
Dalam perkembangan lain, suspek telah dibawa oleh pihak berkuasa ke hospital sakit jiwa untuk diperiksa. – MYNEWSHUB.CC
Anak Ditikam 28 Kali Oleh Ibu Sendiri
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2017
Rating:
No comments: