Disebalik populariti artis Dayak Sarawak, ada insan yang mengerah keringat demi untuk menjadikan seorang artis popular dan dikenali.
Beliau ialah Jesly Jabu yang mula mencipta lagu sejak bangku sekolah lagi dan kini adalah antara pencipta lagu terkenal di Sarawak.
"Saya mula berjinak-jinak mencipta lagu ketika masih belajar di SMK Datuk Patinggi Kedit Betong pada tahun 1990.
"Mula serius pada tahun 2000 untuk lagu yang dikomersialkan," katanya.
Menurut Lesly, lagu pertama ciptaannya ialah 'Kena Jayau Kunchi Lipan' yang dinyanyikan oleh Aki Manang keluaran AZ Production.
"Bukan itu sahaja, album Selendang Biru Stevenson keluaran LUH Production, album Sama enda setuju nyanyian Linda keluaran LUH Production dan album Makin sari makin sayau Jenifer Jack keluaran LUH Production.
" Yang terbaru bersama OCHSP untuk album Jessica Remaya (Makin sari makin benchi), Leezwita (Berumah ba ati urang dan Ukai enggai nganti), Rannee Pat (aku di buai anak) dan Karen Libau (Karam ba ati)," ujarnya.
Lesly menambah, lagu lain termasuk keluaran Kaban Muzik Production(KMP) seperti Geselan Pengerindu Nuan (Shasha Julian), Mina Nguji Aja (Iva Stanley), Pait Ba Jari (Isaac) dan Padamka Nama Aku (Eyqa).
"Lagu yang begitu mempunyai memori dan begitu terkesan terhadap saya ialah lagu Karam Ba Ati (Karen Libau), Padamka Nama Aku (Eyqa) dan Genselan Pengerindu Nuan (Shasha Julian).
"Semua lagu yang dicipta selama ini adalah hasil usaha bersama abang saya Mathius Mambang yang turut aktif dalam industri hiburan tempatan," jelasnya.
Selama 15 tahun dalam industri, Lesly berkata, beliau turut berperanan sebagai komposer, penulis lirik, jurukamera dan pemuzik (Aka Damba Band).
"Saya berharap hasil kerja saya dan komposer lain dihargai peminat dengan membeli hasil keluaran yang asli (original)," katanya.-Sarawakiana
"Saya berharap hasil kerja saya dan komposer lain dihargai peminat dengan membeli hasil keluaran yang asli (original)," katanya.-Sarawakiana
15 Tahun Popularkan Artis
Reviewed by Unknown
on
February 23, 2017
Rating:
No comments: