WASHINGTON: Bank Pusat Amerika Syarikat (AS) mungkin menaikkan kadar faedah utama tidak lama lagi, namun berbelah bagi berhubung ketidaktentuan dasar perbelanjaan dan cukai Presiden Donald Trump.
Pegawai di Rizab Persekutuan (FED), berkata pihaknya lebih bimbang dengan ancaman inflasi terutama, jika cukai dan perbelanjaan memacu ekonomi dikurangkan, namun segelintir memberi amaran risiko kenaikan kadar faedah berdasarkan dasar yang belum diumumkan dengan implikasinya yang masih belum boleh diukur.
Katanya, unjuran mereka bagi ekonomi dan kadar faedah tidak banyak berubah sejak Disember, apabila mereka menetapkan tiga kenaikan mungkin berlaku tahun ini, demikian menurut minit mesyuarat dasar monetari 31 Januari hingga 1 Feb yang dikeluarkan pada Rabu.
Pada mesyuarat pertama sejak Trump mengambilalih pimpinan, Jawatankuasa Pasaran Terbuka berkata, ia menjangkakan perlunya pelarasan berperingkat dalam kadar faedah bagi mencapai sasaran inflasi dua peratus, jika ekonomi terus berkembang pada paras sederhana.
Bagaimanapun, minit mesyuarat menunjukkan keputusan berasingan di antara bank pusat berhubung sama ada wujudnya risiko yang lebih besar ke atas inflasi yang mana boleh menangguhkan kenaikan kadar faedah yang lebih berisiko atau ia mengekalkan kadar bagi mengukur kesan dasar Trump.
Trump berjanji untuk melaksanakan rancangan pemotongan cukai utama tidak lama lagi dan berikrar melaksanakan perbelanjaan bagi projek infrastruktur berskala besar.
Bank pusat melihatnya sebagai "ketidaktentuan" berhubung tempoh dan impak dasar berkenaan dan menunjukkan risiko berpotensi jika langkah itu meningkatkan inflasi. - AFP
Kadar Faedah AS Mungkin Dinaikkan Segera
Reviewed by Azmin
on
February 23, 2017
Rating:
No comments: