Seo Services

19 Orang Tinggal Sehelai Sepinggang Di Miri


MIRI: Seramai 19 mangsa daripada dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas dua unit rumah musnah dijilat api dalam kebakaran berdekatan Masjid As Syakirin, Taman Permyjaya di sini pagi tadi.

Menurut jurucakap bomba, keadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.50 pagi.

Selepas laporan diterima sembilan minit kemudian, beliau berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran ini melibatkan dua unit rumah teres setingkat. Semasa pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, rumah pertama telah terbakar keseluruhannya manakala sebuah lagi lebih kurang 60 peratus terbakar," katanya.

Punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan.-Sarawakiana


19 Orang Tinggal Sehelai Sepinggang Di Miri 19 Orang Tinggal Sehelai Sepinggang Di Miri Reviewed by Unknown on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.