Seo Services

Sifar 'Projek Sakit' Tahun Ini


KUCHING: Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyasarkan sifar 'projek sakit' tahun ini untuk memastikan rakyat terutama di luar bandar mendapat manfaat sewajarnya.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tumpuan kerajaan adalah projek luar bandar yang boleh dilaksana dan disiapkan segera.

"Sudah pasti rakyat mengharapkan projek dapat disiapkan dengan kadar segera. Tidak guna kerajaan umum projek kalau pelaksanaannya lambat," katanya.

Menurutnya, sebanyak 25 peratus daripada RM50 bilion untuk projek luar bandar diperuntukkan kepada Sarawak dan Sabah manakala 50 peratus untuk keseluruhan Semenanjung Malaysia.

Mengulas mengenai 'projek sakit' di Sarawak, beliau berkata, setakat ini hanya terdapat dua 'projek sakit' di Sarawak manakala 45 lagi projek berjaya disiapkan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

"Dua projek (projek sakit) ini melibatkan projek bekalan air di Tapah dan Santubong disebabkan masalah pengambilan tanah dan reka bentuk.

"Bagi mengelak perkara sama berulang, saya mengarahkan semua pegawai terlibat membuat pemantauan secara berkala terhadap pelaksanaannya," ujarnya.

Beliau menambah, pasukan khas turut ditubuhkan untuk membuat pemantauan 30 projek yang sedang dilaksanakan di Sarawak.

"Mereka (pasukan khas) perlu menyerahkan hasil laporan kepada kementerian setiap bulan. Mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek akan disenaraihitam," jelasnya.-Sarawakiana



Sifar 'Projek Sakit' Tahun Ini Sifar 'Projek Sakit' Tahun Ini Reviewed by Unknown on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.