PAK cik ni, Chen ChangFa, mempunyai cara tersendiri untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan di sebuah restoran terkenal di Sichuan, iaitu dengan mengangkat pinggan yang berisi makanan itu di atas kepalanya.
Chen sudah berusia 66 tahun tetapi dia masih mampu membawa 10 pinggan di atas dulang makanan sepanjang dua meter di atas kepalanya.
Menakjubkan sepanjang 38 tahun dia bekerja dan menggunakan cara unik itu, tiada satu pinggan pun pernah pecah atau terjatuh.
Kaedah yang dilakukan oleh Chen untuk membawa hidangan di atas kepala, merupakan tradisi lama yang diamalkan sejak 200 tahun lalu.
Ia dikenali sebagai Da Pen dan tradisi ini hanya boleh ditemui di kampung Xiantan, di Sichuan sahaja.
Sehingga kini, Chen telah membawa 300,000 mangkuk dan pinggan di atas kepalanya. Selain itu dia juga sering dijemput oleh penduduk kampung untuk membuat pertunjukan pada majlis perkahwinan atau jamuan.
Menurut Chen, kunci utama dalam melaksanakan Da Pen ialah keupayaan mengawal minda dan pergerakan badan. Selain itu badan juga perlu cergas.
Dia mampu membawa 18 hidangan pada satu masa dalam tempoh kurang 20 minit sahaja. – MYNEWSHUB.CC
Hebat, Pak Cik 66 Tahun Bawa 18 Hidangan Makanan Guna Kepala
Reviewed by Unknown
on
February 23, 2017
Rating:
No comments: