SEORANG wanita terpaksa menderita selepas kawannya yang cemburu telah mencurahkan asid ke mukanya ketika dia sedang tidur, semata-mata kerana dia mahu menjadi pramugari.
Meskipun kejadian itu berlaku 10 tahun lalu, namun Kanwal Qayyum, 29, terpaksa menderita kerana mukanya menjadi cair hinggakan dia tidak mempunyai hidung.
Nasib baik, seorang pakar bedah pemindahan organ, Dr. Asim Shahmalak yang berasal dari Karachi namun menetap di Manchester sanggup membantu Kanwal.
Dr. Asim telah terbang ke Pakistan untuk melakukan pembedahan dengan membentuk bulu mata dan kening dengan menggunakan rambut di bahagian belakang tempurung kepala Kanwal.
Dr. Asim sebelum ini terkenal kerana hasil kerjanya itu turut dilakukan ke atas selebriti dan beliau juga adalah salah seorang daripada beberapa pakar bedah di dunia yang boleh melakukan pemindahan organ melibatkan bulu mata dan kening.
Beliau sanggup membelanjakan sebanyak £50,000 dengan menggunakan wangnya sendiri bagi membantu Kanwal. Selain Kanwal, terdapat lima wanita lain yang bakal menjalani pembedahan sama. Semua mereka adalah mangsa serangan asid.
“Saya menangis apabila mendengar cerita wanita berkenaan. Membantu mereka membina semula wajah adalah sesuatu yang amat beerti dan menyaksikan mereka senyum selepas pembedahan merupakan sesuatu yang sangat bernilai,” katanya.
Dr. Amir yang kini menetap di Britain, telah diperkenalkan kepada Kanwal oleh yayasan senyum semula Depilex Pakistan dengan pengasasnya, Masarrat Misbah merupakan seorang yang sangat komited dan bekerja keras bagi membantu mangsa serangan asid.
Sementara itu, Kanwal yang kini telah berkahwin gembira dengan wajah barunya itu.
“Saya amat berterima kasih kepadanya kerana berjaya menukar sepenuhnya muka saya dan saya sukakannya,” kata Kanwal. – MYNEWSHUB.CC
Kerana Mahu Jadi Pramugari, Wanita Dicurah Asid Oleh Kawan
Reviewed by Unknown
on
February 23, 2017
Rating:
No comments: