KUALA LUMPUR: Polis masih memberi masa kepada dua individu warga Korea Utara, tampil membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, 13 Februari lalu.
Kedua-dua mereka, Setiausaha Kedua, Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, 44, dan pekerja syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37, kini dipercayai masih berada dalam negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kedua-dua mereka diminta tampil untuk membantu siasatan meskipun salah seorang daripada mereka mempunyai imuniti politik.
"Disebabkan itu, kita meminta pihak kerajaan Korea Utara serta Duta Besar mereka di sini, untuk mengarahkan pegawai diplomatik terbabit membantu siasatan pihak polis.
"Bagaimanapun, pekerja syarikat penerbangan tidak memiliki sebarang kekebalan diplomatik dan boleh menahannya pada bila-bila masa dan akan mengeluarkan waran tangkap sekiranya dia gagal berbuat demikian," katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya yakin maklumat daripada kedua-dua suspek amat penting dalam menyelesaikan kes berkenaan.
"Kita akan mendapatkan bantuan Wisma Putra serta saluran mengikut protokol undang-undang antarabangsa dalam mendapatkan maklumat dari setiausaha terbabit," katanya. - BH
Polis Ikut Protokol Siasat Setiausaha Kedua Korea Utara
Reviewed by Azmin
on
February 23, 2017
Rating:
No comments: