Seo Services

2 Hari 110 Mati


MOGADISHU: Kemarau yang melanda Somalia menyebabkan 110 orang mati dalam masa 48 jam, kelmarin.

Jumlah itu diumumkan Perdana Menteri Hassan Ali Khaire ketika dia berucap di mesyuarat Jawatankuasa Kemarau Kebangsaan negara itu, semalam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum ini menganggarkan lima juta orang di negara itu memerlukan bantuan akibat bencana alam itu.

Dalam taklimatnya, Hassan berkata, jumlah kematian itu ialah dari wilayah Bay di barat daya negara itu.

Menurut PBB, selain Somalia, tiga lagi negara yang berdepan dengan ancaman kemarau ketika ini ialah Nigeria, Sudan Selatan dan Yaman.

Kemarau di Somalia menyebabkan ribuan penduduk negara itu menuju ke Mogadishu, ibu negaranya, untuk mendapatkan bantuan makanan yang disalurkan oleh agensi bantuan antarabangsa.

Kemarau berkenaan adalah krisis pertama yang dihadapi presiden baru negara itu, Mohamed Abdullahi Mohamed.

Dalam pada itu, 65 peratus haiwan ternakan juga dilapor mati.

Kemarau sebelum ini yang diburukkan lagi dengan pertelingkahan bersenjata menyebabkan ekonomi negara itu rapuh, mendorong Mohamed merayu bantuan daripada masyarakat antarabangsa dan kira-kira dua juta rakyat Somalia di luar negara. - AP
2 Hari 110 Mati 2 Hari 110 Mati Reviewed by Unknown on March 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.