Seo Services

Aram Ngupi : 'Sidak Pembangkang Nang Pandey Ngentam Kerajaan'

Desakan pembangkang menuntut penurunan kuasa terutama pendidikan adalah propaganda untuk menghentam Kerajaan Sarawak kembali.

Begitulah yang diperkatakan oleh seorang sahabat yang minum kopi 'O' panas kurang manis di sebuah kedai kopi pagi tadi.

Katanya, sebelum ini pembangkang memang begitu mendesak kerajaan sehingga Kerajaan Negeri dan Pusat mencapai keputusan penurunan kuasa dalam pendidikan.

Apabila beberapa keputusan telah dibuat, pembangkang mula mencipta propaganda dengan menyerang kerajaan negeri kembali bila isu guru mula mendapat masalah di Sarawak.

Malah pembangkang terutama DAP turut memburukkan institusi agama Islam seperti JAIS dalam hal permohonan jawatan guru. Inilah yang dimahukan pembangkang agar kerajaan mudah dimanipulasi dengan isu yang akan memperlihatkan kerajaan lemah.

Kejayaan pembangkang adalah mendesak dan kerajaan menuruti desakan tersebut. Selepas keputusan dicapai, pembangkang akan membuat propaganda agar keputusan tersebut dipandang serong oleh rakyat.

Mudahkan kerja pembangkang, katanya. Atau mungkinkah DAP memasang umpan agar JAIS serta guru dapat dijadikan ish politik ?

Tambah sahabat lagi, memang begitulah permainannya dan pada masa sama sentimen perkauman dan agama dapat dipolitikkan secara licik.-Sarawakiana
Aram Ngupi : 'Sidak Pembangkang Nang Pandey Ngentam Kerajaan' Aram Ngupi : 'Sidak Pembangkang Nang Pandey Ngentam Kerajaan' Reviewed by Unknown on March 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.