KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi ‘aset penting’ kepada Sarawak.
“Kita baru sahaja menerima aset penting daripada Datuk Najib yang akan saya umumkan dalam masa seminggu,” kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
“Ia merupakan satu aset penting yang diberikan kepada kita di mana ia akan memberi keuntungan selain memberi manfaat kepada rakyat negeri ini," ujarnya.
Pendedahan tersebut dibuat Abang Johari ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kesyukuran anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Samariang di Dewan Hikmah, di sini, kelmarin.
“Saya akan gunakan aset penting ini sebagai sumber untuk mengubah cara hidup kita di Sarawak,” tambahnya.
Ujarnya, aset penting penting itu juga akan menjadikan Sarawak sebuah negeri yang kompetitif setaraf negeri maju lain di malaysia.
“Anda mungkin berasa bahawa saya ini terlalu bercita-cita tinggi, tetapi ini harapan saya. Saya mahu mengubah Sarawak ke arah yang lebih baik,” tegasnya.
Terdahulu, Abang Johari bersama jemaah lain menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah selain membaca surah Yasin dan tahlil untuk disedekahkan kepada Allahyarham bekas Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Turut hadir isteri Abang Johari Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Ketua PBB Cawangan Samariang Datuk Seri Abang Khalid Marzuki. - Sarawakiana
PM Beri ‘Aset Penting’ Untuk Sarawak
Reviewed by Azmin
on
March 06, 2017
Rating:
hari ya madaan jangan tunggah Negeri pada sarawak, pada Negara Sarawak masih sik ingat? atau ?
ReplyDelete