Seo Services

Chong Diminta Tidak Sensasi Isu Yang Tidak Berkaitan


KUCHING: Menteri Kebajikan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah meminta Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen tidak mensensasikan isu yang tidak berkaitan.

Fatimah berkata Jumaat lepas beliau telah menjawab pertanyaan DAP mengapa seorang guru wanita, Wong Wang Yuen tidak berjaya dalam permohonannya dalam e-recruitment sebelum ini kerana jawatan yang dipohon itu adalah sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi menyelia pendidikan agama di bawah JAIS.

“Sesuatu perkara itu harus dilihat secara objektif dan jangan dikaitkan dengan benda lain untuk tujuan mensensasikan isu.

“Sebelum ini, beliau telah mempersoalkan isu pengambilan guru yang mempunyai kaitan dengan Majlis Islam dan sudah saya nyatakan terdahulu permohonan yang dibuat oleh guru wanita tersebut dalam e-recruitment adalah di bawah perkhidmatan awam negeri.

“Di bawah perkhidmatan awam negeri, kita mempunyai pelbagai agensi yang membuat iklan dalam e-recruitment dan mengikut rekod Wong telah memohon untuk 10 jawatan dalam e-recruitment tersebut.

“Tidak boleh kata, beliau tidak ada memohon, ia sebenarnya ada dan saya kasihan terhadap Wong kerana dijadikan bahan untuk tujuan lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wong sebelum ini dipercayai telah memohon 10 jawatan dalam e-reqruitment iaitu Pegawai Pembantu Arkib tahun lepas, Pegawai Penerangan, Pegawai Tadbir, Pegawai Penerbitan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41, Pegawai Penilaian Tanah dan Survei, Pegawai Arkib, Pegawai Perhubungan Awam dan Pegawai Penyelidikan Institut Tanah Gambut.

Bagaimanapun, jelas Fatimah jawatan khusus itu akan ditapis terlebih dahulu.

Namun Majlis Islam telah mengiklan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah agensi mereka sendiri (Jabatan Agama Islam) untuk menjadi Pegawai yang bertanggungjawab dan menyelia kelas fardu-ain, kelas KAFA, bahasa Arab oleh Sekolah Agama Rakyat yang diselia di bawah Jabatan Agama Islam itu sendiri.

Sebab itu, saya berkata kenyataan Chong adalah salah. Apabila Wong meminta jawatan sebagai Pegawai Penyelidikan Institut Tanah Gambut mereka yang menilai adalah Institut Tanah Gambut sendiri. Begitu juga jika jawatan tersebut diiklankan oleh JAIS untuk sekolah seliaan di bawah mereka sendiri, tegasnya.

“Saya sudah menjawab soalan ini Jumaat lepas... saya tidak tahu lagi bagaimana hendak menjawab soalan itu,” ujarnya semalam.

Wong tambah Fatimah, turut memohon dalam Jobs Malaysia dan ia adalah sesuatu yang betul untuk dibuat, namun terdapat ketidaksepadanan Jobs Malaysia iaitu iklan jawatan di bawah Persekutuan sepertimana e-recruitment di bawah kerajaan negeri.

Tambahnya, memang benar permohonan terbuka itu dibuat atas talian dan sesiapa sahaja boleh melakukannya… prosedur sama tetapi hanya jika pemohon berkelayakan mereka akan diterima.

“Setelah dipilih baharu SPA akan menjalankan temu duga dan pemohon berjaya maka SPA akan mengeluarkan surat tawaran kepada pemohon yang berjaya.

“Mereka mempunyai jadual mereka sendiri, dengan jadual psikometrik yang akan dijalankan terhadap pemohon, temu duga juga dijalankan oleh badan ini,” jelasnya semalam. - UB
Chong Diminta Tidak Sensasi Isu Yang Tidak Berkaitan Chong Diminta Tidak Sensasi Isu Yang Tidak Berkaitan Reviewed by Azmin on March 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.