Seo Services

Gempa 6.5 Magnitud Landa PNG, Tiada Amaran Tsunami

6-point-5 quake off PNG
SYDNEY: Gempa bumi 6.5 magnitud menggegarkan Papua New Guinea (PNG) hari ini, kata pihak berkuasa, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. 

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku pada kedalaman 28 kilometer berhampiran pulau New Britain, sejauh 450 kilometer dari timur laut ibu kota Port Moresby. 

Pusat Amaran Tsunami Pasific berpusat di Hawaii bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran tsunami. 

"Berdasarkan semua data yang diperoleh, tsunami pemusnah di Pasifik tidak dijangka," kata agensi itu. 

New Britain, pulau terbesar dalam Gugusan Kepulauan Bismarch, terletak di timur tanah besar New Guinea dan memiliki 500,000 penduduk. 

Ia terletak di atas plet Pasifik-Australia sejauh 4,000 kilometer dalam Lingkaran Api Pasifik, kawasan biasa berlaku aktiviti seismik akibat pergeseran plet tektonik. - AFP
Gempa 6.5 Magnitud Landa PNG, Tiada Amaran Tsunami Gempa 6.5 Magnitud Landa PNG, Tiada Amaran Tsunami Reviewed by Azmin on March 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.