Seo Services

Hanya Sementara Nikmati 'Habuan' Rompakan


KUCHING: Dua penganggur sempat menikmati ‘habuan’ selepas merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam di Lebuh Carpenter di sini, sebelum ditangkap oleh pasukan polis tiga jam kemudian, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 18 tahun dan 21 tahun itu sedang meminum bir yang dibeli dari sebuah kedai berhampiran, dipercayai menggunakan hasil rompakan dan menghisap rokok cerut yang dirompak sebelum itu di bawah pokok di Lebuh Wayang.

Kegembiraan mereka ternyata hanya sementara apabila berjaya dikesan lalu ditangkap pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching yang diketuai ASP Austin Patrick Angkon sekitar 12.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, kedua-dua suspek terdahulu merompak premis beroperasi 24 jam sekitar 9.44 malam dan melarikan beberapa bungkus rokok dan wang tunai dengan nilai sekitar RM280.

Katanya, polis berjaya mengenal pasti kedua-dua suspek yang tidak menutup muka ketika merompak berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis tersebut.

Pasukan polis turut merampas beberapa barangan termasuk beberapa kotak rokok pelbagai jenama, wang tunai, sebilah pisau kecil, beg-beg, serta pakaian termasuk yang digunakan semasa rompakan dibuat.

Beliau menambah, hasil siasatan turut mendapati suspek-suspek pernah terlibat dalam rompakan kedai serbaneka 24 jam sekitar bulan lepas, iaitu di Lebuh Carpenter dan di Jalan McDougall.

“Hasil siasatan awal mendedahkan penglibatan kedua-dua suspek dalam tiga kes samun premis (24 jam) di kawasan Kuching,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Kedua-dua lelaki tersebut dibawa ke One Stop Centre IPD Kuching dan akan ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.-UB
Hanya Sementara Nikmati 'Habuan' Rompakan Hanya Sementara Nikmati 'Habuan' Rompakan Reviewed by Unknown on March 05, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.