GANZHOU, CHINA: Seorang lelaki yang berang selepas skuternya disita polis kerana menunggang tanpa lesen bertindak memecah dan meleraikan motosikal berkenaan.
Kejadian berlaku selepas lelaki itu yang menunggang skuter bersama teman wanitanya ditahan beberapa anggota polis di bandar ini.
Ketika pemeriksaan lelaki itu didapati tidak mempunyai lesen motosikal dan pihak polis menyita skuter berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak berpuas hati dan bertengkar dengan anggota polis yang membuat pemeriksaan.
Kerana terlalu marah lelaki itu tiba-tiba mengambil batu di tepi jalan dan terus memecahkan skuter miliknya itu. - Agensi
Jahanamkan Skuter Kerana Ditangkap Tunggang Tanpa Lesen
Reviewed by Unknown
on
March 06, 2017
Rating:
No comments: