Gambar Sekadar Hiasan |
TENNESSEE: Sejumlah 73,500 unggas akan dimusnahkan selepas virus selesema burung dikesan di sebuah ladang ternakan komersial di Lincoln County.
Jabatan Pertanian AS berkata, ia adalah kes pertama membabitkan elemen selesema burung patogenik H7 tinggi (HPAI) dalam penternakan komersial di Amerika Syarikat (AS) tahun ini.
Kemudahan itu kini diletakkan dalam kuarantin, berserta kira-kira 30 ladang ternakan lain dalam lingkungan 10 kilometer dari lokasi itu, kata kerajaan negeri. Katanya, ternakan lain di kawasan yang dikuarantin sedang diuji.
Pada 2014 dan 2015, AS memusnahkan hampir 50 juta unggas, kebanyakannya ayam telur, ketika HPAI sedang menular. Kerugian itu menyebabkan harga telur AS meningkat ke ke paras tertinggi dan mendorong rakan dagangan mengharamkan import ternakan dari negara itu.
Setakat ini tiada manusia dijangkiti wabak itu. Risiko jangkitan wabak ke atas manusia juga rendah, walaupun di China ia mencatat korban pada musim sejuk lalu akibat penularan wabak virus H7N9 dalam ternakan mereka. - Reuters
Selsema Burung : 73,500 Unggas Dimusnah Di AS
Reviewed by Unknown
on
March 06, 2017
Rating:
No comments: