Seo Services

Tingkat Aspek Keselamatan


SIBU : Pengusaha bot ekspres dinasihati supaya meningkatkan aspek keselamatan dan membatalkan atau menangguh perjalanan jika paras air Sungai Rajang, Kemena dan Baram agak tinggi.

Pengerusi Lembaga Sungai- Sungai Sarawak (LSS) Dr Murni Suhaili berkata arus deras serta air pasang berbahaya untuk bot-bot kecil terutama bot panjang.

"Jika terpaksa mengambil perjalanan menggunakan bot panjang, pastikan jaket keselamatan mencukupi bagi semua penumpang," katanya ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada pengusaha bot ekspres dan bot panjang berikutan situasi banjir masa kini.

Beliau menasihati penduduk kampung yang tinggal di tebing sungai supaya sentiasa berwaspada dan segera meninggalkan rumah mereka sekiranya paras air semakin tinggi.

"LSS memantau paras air sungai secara konsisten dan membatalkan perjalanan botbot atas faktor keselamatan," katanya.

Sementara itu, perkhidmatan bot ekspres di Terminal Bot Ekspres Sibu dan Dermaga Kapit sepanjang Jalan Khoo Peng Long berjalan seperti biasa semalam dan kelmarin.

Pada Isnin lalu, hujan lebat berterusan dan air pasang menyebabkan tiga pontun di Jalan Khoo Peng Long di sini ditenggelami air sungai.

Penolong Kontroler LSS Wilayah 2 Christopher Chan berkata pihaknya berusaha mengapungkan kembali pontun itu apabila paras air bertambah baik.

Memetik laman ihydro.did.sarawak.gov.my, setakat jam 1 petang semalam, Terminal Ekspres Sibu merekodkan paras air 2.17 meter, Jabatan Laut Sibu 2.30 meter, Sarawak Maritim 2.77 meter dan Hulu Sungai Merah 2.24 meter.-UB
Tingkat Aspek Keselamatan Tingkat Aspek Keselamatan Reviewed by Unknown on March 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.