KUCHING: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak pernah melantik orang tengah untuk berurusan dengan majikan atau pekerja bagi membuat tuntutan perlindungan.
Pengarah PERKESO Sarawak Philip Sangkan berkata sebarang tuntutan perlindungan kemalangan pekerja harus dilakukan dengan pegawai PERKESO.
“PERKESO tidak membenarkan pencarum atau majikan berurusan dengan orang tengah.
“PERKESO tidak pernah melantik atau melayan orang tengah berurusan dengan kliennya, kalau ada majikan atau pekerja yang mengalami kemalangan mahu membuat tuntutan, sila berurusan terus dengan kami,” katanya.
Beliau berkata peringatan itu diberikan kerana masih ramai yang beranggapan PERKESO melantik orang tengah untuk berurusan dengan kliennya.
Dalam perkembangan berkaitan Philip berkata statistik kemalangan yang dilaporkan kepada PERKESO Sarawak sepanjang tahun 2016 ialah 3,363 kes.
“Daripada jumlah ini (3,363), kemalangan perusahaan mencatatkan 2,415 kes manakala 948 lagi merupakan kemalangan perjalanan.
“Kuching mencatat kes tertinggi iaitu 1,170 kes diikuti Sibu (916), Bintulu (531), Miri/Limbang (475), Kapit (96), Sarikei (65), Mukah dan Sri Aman masing-masing 55 kes,” katanya.
Tambahnya sehingga 31 Disember 2016, statistik rasmi menunjukkan terdapat 36,957 majikan aktif telah mendaftar di Sarawak dengan seramai 468,922 pekerja aktif berdaftar dengan PERKESO.-UB
PERKESO Tidak Pernah Lantik Orang Tengah
Reviewed by Unknown
on
March 06, 2017
Rating:
No comments: