KUCHING: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini.
Zuliskandar Zolkeflee,39, didakwa atas tuduhan meneruma rasuah sebanyak RM250 pada 6 September tahun lalu.
Dia yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy di sini hari ini.
Pada 6 September lepas, dia dituduh menerima rasuah daripada Awang Ridzuan Matyasin atas dorongan tidak mengambil tindakan terhadap Ahmad Nazree Azizi Zamri yang disyaki tidak mempunyai lesen memandu dan Mohammad Zulhaffizan Noor yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ikhwan Mohd. Ibrahim.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.-Sarawakiana
Koperal Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah
Reviewed by Unknown
on
March 06, 2017
Rating:
No comments: