JIKA anda pernah berkunjung ke Switzerland, pastinya anda tahu betapa mahalnya barangan di negara ini.
Malah udara bersih dan segar di negara tersebut juga tidak terkecuali walaupun ia boleh diperolehi secara percuma.
Namun bagi seorang usahawan Britain yang menentap di Basel, dia tampil dengan idea untuk menjual udara gunung paling mahal di dunia dengan harga AS$167 (RM734) sebotol satu liter.
John Green, menampilkan produk 'Genuine Mountain Air from Switzerland' yang diambil dari kawasan rahsia di pergunungan Alps dengan jaminan udara yang dijual berkualiti tinggi dan boleh dihantar ke mana-mana lokasi di seluruh dunia.
Green mendakwa, dia mengumpulkan udara itu berdekatan pekan Zermatt dan mengisinya dalam botol sebelum dijual.
Malah dia turut menunjukkan sijil kesahihan kualiti udara tersebut sebagai bukti untuk meyakingkan pembeli.
Green yang berasal dari Kent, England, mengakui dia sedar ramai beranggapan produk yang dijualnya tidak masuk akal tetapi dia mempunyai alasan tersendiri.
"Memang udara ini mahal, tetapi kami perlu menghantar produk ini ke seluruh dunia dan saya berusaha memastikan harganya bersesuaian.
"Saya tidak mahu mengalami kerugian yang besar dan ini adalah lumrah perniagaan.
"Dan jangan lupa, produk saya adalah udara Switzerland. Segalanya di Switzerland adalah mahal," katanya seperti dilaporkan portal Oddity Central. - mStar
Udara Paling Mahal Di Dunia Dijual RM734 Sebotol
Reviewed by uMieySurianie
on
March 06, 2017
Rating:
No comments: