Seo Services

Penetapan Harga Siling Baik Untuk Pengguna



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memuji langkah kerajaan mewujudkan harga siling petrol dalam pasaran kompetitif yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Pesuruhjaya MyCC Datuk Dr Gan Khuan Poh berkata, dengan menetapkan harga siling petrol, peruncit boleh meletak harga yang lebih rendah dan mewujudkan persaingan.

"Kita akan melaksanakannya secara mingguan manakala di Amerika Syarikat, ia dilakukan secara harian," katanya.

Beliau berkata, melalui kaedah ini, pengguna akan lebih dilindungi dan mempunyai akses kepada pelbagai pilihan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini berkata harga siling petrol akan diumumkan secara mingguan, bermula bulan depan.

Kementerian terbabit menasihatkan operator stesen minyak agar bekerjasama dengan Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia bagi membentuk konsep yang boleh mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. –Bernama
Penetapan Harga Siling Baik Untuk Pengguna Penetapan Harga Siling Baik Untuk Pengguna Reviewed by Unknown on March 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.