Seo Services

Syiling Emas Aneh Abad Ke-15 Ditemui Di Britain



BOURNEMOUTH, Britain – Seorang pencari harta karun amatur menemui sekeping duit syiling emas aneh abad ke-15 yang dianggarkan bernilai £15,000 (RM82,000) dekat sini baru-baru ini.

Brian Biddle, 64, pada mulanya menyangka objek yang ditemui itu penutup botol minuman, namun terkejut apabila mendapati itu adalah mata wang zaman pemerintahan Raja Edward ke-5.

Menurut laporan, dia menemui syiling berusia 533 tahun itu dengan menggunakan peralatan mengesan logam di sebuah ladang milik seorang petani di Tolpuddle, Dorset dekat sini.

Sebaik menemui syiling itu, Biddle merujuk kepada Muzium Dorchester dan pakar mengesahkan syiling itu memaparkan imej Ketua Kesateria Saint Michael membunuh seekor naga.

Syiling itu disahkan milik Biddle dan akan dilelong dalam acara lelongan di London serta dijangka meraih bidaan sehingga £15,000.

Biddle mahu berkongsi separuh daripada hasil keuntungannya dengan petani yang memiliki ladang tersebut iaitu tempat syiling itu ditemui. – Agensi
Syiling Emas Aneh Abad Ke-15 Ditemui Di Britain Syiling Emas Aneh Abad Ke-15 Ditemui Di Britain Reviewed by Unknown on March 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.