Seo Services

Dadah, Bendung Sebelum Menular Kata Mazlan


KUCHING: Melihat kepada trend kemasukan dadah ke Sarawak melibatkan pelajar asing, Polis Sarawak meminta supaya pihak pengurusan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) meneliti secara lebih terperinci proses penapisan kemasukan pelajar-pelajar dari luar negara.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, penyelidikan latarbelakang setiap pelajar yang akan memasuki ke IPT adalah sangat penting dalam memastikan pelajar berkenaan datang untuk belajar ataupun sekadar mengaburi pihak tertentu dengan pas belajar namun  disebaliknya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

“Kita tidak mahu ada antara mereka yang datang untuk melibatkan diri dalam perniagaan dadah, termasuk sebagai pengedar dengan cara memasuki negeri ini dengan alasan sebagai pelajar, tetapi kemudian menjalankan aktiviti lain yang melanggari undang-undang.

“Inilah dia satu modus operandi melalui servis kurier melalui parcel,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mazlan juga turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika membuat pembelian barangan secara ‘online’.

Pada tahun ini ada satu kes berkaitan pembelian barangan secara online namun ada pihak tertentu mengambil kesempatan menghantar barangan yang kita minta, tetapi ditambah atau ditukar dengan barangan larangan seperti dadah dan sebagainya sehingga menyebabkan mangsa tersepit oleh situasi terbabit.

Jelasnya, kita harus sentiasa meneliti dan memastikan agar perkara yang tidak diingini berlaku dan sekiranya ia tidak dibendung sebelum menular.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di padang Kawad Ibu Pejabat Polis(IPK) Sarawak hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada 12 penerima terdiri daripada pegawai kanan dan anggota pangkat rendah bagi Kontinjen Sarawak.-Sarawakiana

Dadah, Bendung Sebelum Menular Kata Mazlan Dadah, Bendung Sebelum Menular Kata Mazlan Reviewed by Unknown on April 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.