Seo Services

Fitnah PM, Tony Pua Disiasat Polis


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua disiasat oleh polis hari ini susulan video yang dimuatnaik beliau dalam akuan Facebooknya pada 6 April lalu atas dakwaan kandungan yang berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik portal Malaysiakini, polis mengambil masa 80 minit bagi mengambil kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu di Ibupejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.

Selepas selesai proses siasatan, Pua dibawa keluar dengan kenderaan milik PDRM pada jam 11.40 pagi.

Ketika media bergegas ke kenderaan terbabit, Pua dilaporkan berkata pihak polis mahu mengambil telefon bimbitnya.

Sumber memaklumkan bahawa Pua disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun PDRM belum mengeluarkan kenyatan rasmi berhubung perkara itu.

Sebelum itu, video berdurasi 2.21 minit berkenaan dimuatnaik selepas selesai pembentangan RUU 355 di Dewan Rakyat dan didakwa mengandungi kenyataan berbaur fitnah terhadap Najib sebagai ketua kerajaan Persekutuan.

Pada 21 April, Najib memfailkan satu saman fitnah terhadap Pua melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. - BNBCC
Fitnah PM, Tony Pua Disiasat Polis Fitnah PM, Tony Pua Disiasat Polis Reviewed by Unknown on April 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.