Seo Services

Milik Siapakah Lamborghini Kertas Kuning Ini?



MASYARAKAT Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam lebih-lebih lagi berkaitan soal kematian meskipun kini hidup moden.

Antara tradisi yang diketahui ramai ialah amalan waris memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati ke dalam liang lahad yang digali besar.

Ini adalah kerana mereka mempercayai amalan itu dapat menampung bekalan si mati dan ia juga sebagai menunjukkan darjat dan kemewahan si mati ketika masih hidup.



Bagaimanapun, amalan tersebut semakin berkurangan kerana banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan berlaku sehingga membuatkan amalan itu tidak dilakukan lagi.

Hanya wang kertas palsu dan barangan buatan kertas sahaja digunakan di mana kertas-kertas ini akan dibakar supaya si mati dapat menikmati “kehidupan lebih baik dan mewah” di akhirat.


Baru-baru ini, kemunculan replika kertas Lamborghini yang terletak di sebuah tanah perkuburan Cina di Relau, Pulau Pinang mencuri tumpuan ramai netizen menerusi media sosial.

Difahamkan, replika gergasi itu dihasilkan oleh seorang individu berusia 26 tahun di Sungai Petani, Kedah dan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk disiapkan.

Apa yang lebih mengejutkan ialah replika berukuran 5 meter panjang itu dikatakan berharga RM16,800.

Menurut laporan China Press, Lamborghini “DATO 11” itu kepunyaan keluarga Datuk Ong Teik Kwang yang terbunuh selepas ditembak pengawal peribadinya di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu pada 1 Disember tahun lalu.

Ia diletakkan di atas timbunan wang kertas dilipat berupa jongkong emas purba dengan sepasang “pakaian Datuk” menyerupai baju seragam putih dipakai mendiang ketika dianugerahkan darjah kebesaran itu dan sebuah songkok untuk dibakar.

Lain orang lain cara. Bagi yang berkemampuan, begitulah cara mereka memperingati pemergian orang tersayang.

Dari segi seni dan kraf tangan tradisional pula, ia adalah satu cara untuk mendedahkan generasi muda dan memperkenalkan kepada kaum lain tradisi serta adat warisan masyarakat Cina. – MYNEWSHUB.CC
Milik Siapakah Lamborghini Kertas Kuning Ini? Milik Siapakah Lamborghini Kertas Kuning Ini? Reviewed by Unknown on April 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.