
NEW DELHI: Datuk Seri Najib Razak mahu Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) menjadi platform perdagangan baharu bagi menggantikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Perdana Menteri berkata selepas TPPA terkubur, RCEP dilihat menjadi sangat relevan untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas serantau yang baharu.
"Saya suka perdagangan bebas kerana ia membawa lebih kekayaan dan kemakmuran untuk rakyat kita.
"Saya amat berharap RCEP menjadi kenyataan akhir tahun ini seperti dirancang, atau selewat-lewatnya awal tahun depan," katanya dalam ucap utama pada Forum Perniagaan India-Malaysia di sini, sebentar tadi.
RCEP adalah perkumpulan perdagangan membabitkan 16 negara, iaitu 10 negara ASEAN, China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
RCEP bawa kekayaan, kemakmuran - PM
Reviewed by Azmin
on
April 03, 2017
Rating:
No comments: