Seo Services

Nelayan Vietnam Tangkap Gamat Ditahan


CHUKAI: Tujuh nelayan Vietnam termasuk seorang tekong bersama sebuah bot ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Maritim Timur kerana menangkap gamat di perairan negara tanpa kebenarah sah daripada pihak berkuasa perikanan Malaysia.

Pengarah APMM Pengkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Mohd Marmizi Mohd Noor, berkata kegiatan itu disedari tiga pegawai dan 10 anggota dalam rondaan Ops Perkasa Timur kelmarin, yang kemudian turut merampas 135 kilogram gamat hidup bernilai RM6,000.

Beliau berkata, pasukan berkenaan terserempak dengan bot terbabit kira-kira jam 1.30 tengah hari dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan kira-kira 45 batu nautika dari Kuala Kemaman. 

"Pemeriksaan juga mendapati, tiga daripada mereka yang berusia antara 19 hingga 42 tahun tidak mempunyai permit kerja yang sah.

"Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen ditetapkan pihak berkuasa perikanan dan semua tekong serta awak-awak dan bot ditunda ke Pengkalan APMM Teluk Kalong, Kemaman untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di Pengkalan APMM Teluk Kalong, di sini, sebentar tadi.

Mohd Marmizi berkata, pihaknya memohon kerjasama nelayan tempatan untuk bekerjasama menyalurkan maklumat bagi mencegah pencerobohan nelayan asing yang menggunakan pelbagai taktik dan helah termasuk menggunakan bot nelayan tempatan yang sah. - BH
Nelayan Vietnam Tangkap Gamat Ditahan Nelayan Vietnam Tangkap Gamat Ditahan Reviewed by Azmin on April 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.