JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sempat berbual menerusi panggilan telefon bersama ayah kepada pelajar madrasah tahfiz, Mohd Gaddafi Mat Karim, sebentar tadi.
Panggilan dibuat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sebelum telefon diserahkan kepada Mohd Gaddafi dan perbualan berlangsung kira-kira lima minit.
Najib sempat memberi kata-kata semangat dan mengucapkan ucapan takziah kepada Mohd Gaddafi dan keluarga atas pemergian pelajar tahfiz berusia 11 tahun itu.
Terdahulu, Asyraf Wajdi yang meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat jenazah dan keluarga Mohamad Thaqif selain sempat menyampaikan sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri kepada Mohd Gaddafi.
Pada sidang media selepas melawat, Asyraf memaklumkan Perdana Menteri secara peribadi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Mohamad Thaqif.
"Masih terlalu awal untuk menghukum atau membuat tindakan, kita serahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan berhubung perkara ini.
"Selagi mana tidak ada bukti atau keputusan berhubung kejadian ini, adalah tidak adil menghukum mana-mana pihak selain menimbulkan spekulasi yang akan mengguris keluar dan institusi tahfiz di negara ini," katanya.-BHONLINE
PM Berbual Dengan Bapa Mohamad Thaqif
Reviewed by Unknown
on
April 26, 2017
Rating:
No comments: