Seo Services

PM Sempurnakan Pra Pelancaran WUF9



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini menyempurnakan program pra perlancaran Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) yang akan berlangsung di ibu negara pada 7 hingga 13 Februari tahun depan.

Dalam satu majlis ringkas di Perdana Putra sebentar tadi, Perdana Menteri memasukkan logo WUF9 dalam ruang khas yang disediakan, di atas pentas berlatarkan kain rentang memaparkan butiran acara sambutan program berkenaan, sebagai gimik pra pelancaran.

Hadir sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Ghani.

Kuala Lumpur akan menjadi bandar kedua di Asia yang diberi penghormatan sebagai tuan rumah selepas Nanjing, China pada 2008, dengan tema berkaitan 'Pelaksanaan Agenda Baharu Bandar', selepas berjaya dibida oleh kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2014.

Kesediaan negara menjadi tuan rumah WUF9 selari dengan aspirasi pelaksanaan Sasaran Pembangunan Mapan (SDG) sempena Persidangan Iklim Paris 2015 (COP21).

Ia juga selaras dengan penerimaan Agenda Baharu Bandar (NUA) yang dipersetujui pada Persidangan Ketiga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perumahan dan Pembangunan Mampan (HABITAT III) di Quito, Ecuador pada 20 Oktober lalu.

WUF9 adalah Program Penempatan Manusia PBB (UN HABITAT) yang diadakan setiap dua tahun, bertujuan bertukar pandangan dan pengalaman mengenai cabaran perbandaran selain aspek perumahan, kemasyarakatan, warisan, perancangan bandar serta kesejahteraan bandar.

Penyertaan forum WUF9 adalah percuma dan orang awam serta pihak berkepentingan dalam bidang perbandaran boleh
mula mendaftar untuk penyertaan yang dijangka bermula pada Julai ini.-BHOnline
PM Sempurnakan Pra Pelancaran WUF9 PM Sempurnakan Pra Pelancaran WUF9  Reviewed by Unknown on April 26, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.