Seo Services

Emirates Anjur Jelajah Pengambilan Juruterbang




KUALA LUMPUR – Emirates Airline akan mengadakan jelajah pengambilan bagi mencari juruterbang komersial berpengalaman dan mahir secara teknikal untuk berkhidmat dalam rangkaian laluan antarabangsanya yang semakin berkembang.

Sesi jelajah di Malaysia akan diadakan di Hotel Renaissance Kuala Lumpur di sini pada 8 hingga 9 Julai, 10 pagi, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.

Ia akan menawarkan peluang luas kepada juruterbang untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai proses perekrutan dan berbicara dengan warga Emirates mengenai latihan terperinci, laluan pembangunan kerjaya dan pelan kemajuan yang layak dinikmati oleh juruterbang.

Juruterbang hanya perlu menghadiri satu daripada tiga sesi dan pendaftaran awal tidak diperlukan untuk menyertainya.

Mereka yang tidak dapat menyertai jelajah itu boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman webnya.

Emirates berkata, ia telah membuat tempahan bagi lebih 200 pesawat Airbus dan Boeing, dan pada masa sama syarikat akan terus menambah saiz kumpulan pesawat dan memperluaskan rangkaianya.

Syarikat penerbangan itu kini mempunyai penerbangan ke lebih 150 destinasi di 84 negara, di samping memberi perkhidmatan di 24 destinasi di 14 negara dalam rantau Asia Pasifik.

Emirates kini mengendalikan tiga penerbangan harian antara Kuala Lumpur (Malaysia) dan Dubai (UAE).

– BERNAMA
Emirates Anjur Jelajah Pengambilan Juruterbang Emirates Anjur Jelajah Pengambilan Juruterbang Reviewed by Unknown on July 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.