Seo Services

Harga Minyak Global Kembali Meningkat


SINGAPURA: Harga minyak mentah kembali meningkat hari ini, didorong oleh kejatuhan pertama dalam aktiviti penggerudian Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 16 cent atau 0.3 peratus, kepada AS$48.93 setong pada 0248 GMT, selepas melonjak 5.2 peratus minggu lalu, keuntungan minggu pertama dalam enam minggu.

Niaga hadapan West Texas Intermediate AS (WTI) naik 24 cent, atau 0.5 peratus, kepada AS$46.28 setong, selepas mencatatkan kenaikan 7 peratus minggu lalu.

Kenaikan harga itu didorong oleh kejatuhan aktiviti penggerudian pengeluaran minyak baharu di AS buat kali pertama sejak Januari.

Niaga hadapan minyak mentah AS jatuh sembilan peratus pada suku kedua berakhir pada Jun, manakala Brent merosot 9.3 peratus.

Selain itu, pasaran minyak global masih lagi kekal terlebih penawaran berdasarkan output dari OPEC yang mencecah paras tertinggi pada 2017.

Pengeluaran OPEC pada Jun meningkat 280,000 setong sehari (bpd) kepada 32.72 juta bpdl, menurut kajian Reuters, walaupun kumpulan itu bertekad menahan output dalam usaha untuk mengetatkan pasaran. Reuters
Harga Minyak Global Kembali Meningkat Harga Minyak Global Kembali Meningkat Reviewed by Azmin on July 03, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.