TOKYO: Harga minyak berubah sedikit apabila dagangan dibuka pagi ini berikutan kejatuhan mendadak dalam sesi sebelumnya.
Ia susulan jangkaan yang semakin meningkat bahawa mesyuarat menteri negara anggota OPEC dan bukan OPEC lewat hari ini akan mengetengahkan isu pertambahan pengeluaran daripada Nigeria dan Libya, dua negara anggota OPEC yang dikecualikan daripada perjanjian pengurangan.
Enam menteri negara OPEC dan bukan OPEC akan bermesyuarat hari ini di St Petersburg untuk berbincang mengenai unjuran pasaran dan kepatuhan terhadap perjanjian pengurangan bekalan.
Mereka mungkin mencadangkan kekangan bersyarat kepada pengeluaran minyak Nigeria dan Libya, kata sumber yang rapat perkara itu.
Jawatankuasa berkenaan juga akan membincangkan mengenai lanjutan pengurangan, tetapi lebih banyak kajian perlu dibuat, katanya lagi.
Menteri Minyak Kuwait, Essam al-Marzouq pada Sabtu lalu berkata kadar kepatuhan adalah baik dengan pengurangan hasil minyak oleh negara OPEC dan bukan OPEC.
Minyak Brent London bagi penghantaran September didagangkan tidak berubah pada AS$48.06 setong semalam.
Kontrak itu ditutup pada AS$1.24 atau 2.5 peratus pada Jumaat lalu selepas firma perundingan meramalkan kenaikan dalam pengeluaran OPEC pada bulan Julai.
Minyak mentah NYMEX bagi penghantaran September susut dua cents kepada AS$45.75. - Reuters
Harga minyak stabil menjelang sidang OPEC
Reviewed by Azmin
on
July 24, 2017
Rating:
No comments: