DUJIANGYAN: Peminat mahjung di beberapa bandar di China menemui cara unik untuk menangani gelombang panas yang melanda sebahagian besar negara itu.
Di bandar Dujiangyan yang terletak di wilayah Sichuan, peminat dan penagih mahjung menghabiskan masa mereka di sungai untuk bermain permainan itu ketika suhu di bandar berkenaan meningkat hampir 40 darjah Celsius.
Media tempatan melaporkan, beberapa pemain secara berjenaka berkata, satu-satunya masalah yang mereka hadapi dengan bermain mahjung di sungai ialah kehilangan kasut apabila ia dihanyutkan.
“Bagaimanapun, secara keseluruhan, ia sungguh menyeronokkan. Saya boleh bermain mahjung dengan merasakan kedinginan dan kesegaran,” kata seorang pemain.-Agensi
Main Mahjung Dalam Sungai
Reviewed by Unknown
on
July 24, 2017
Rating:
No comments: