Seo Services

Dilarang Masuk Kerana Kemeja-T Minnie Mouse


HANYA kerana memakai kemeja-t dengan karikatur Minnie Mouse, sebilangan ahli keluarga dilarang memasuki ruang rehat di Lapangan Terbang Manchester.

Emma Raikes berkunjung ke Disney World di Florida bersama keluarganya pada Isnin dan membayar lebih untuk ahli keluarganya memasuki ruangan rehat sebelum penerbangan mereka.

Namun, apabila dia hendak melangkah masuk ke Aspire Lounge, pekerja di situ tidak membenarkan mereka masuk.

Ibu Emma, Jane Walshaw membayar sebanyak £700 (RM3,894) untuk menempah ruangan rehat itu demi percutian keluarga mereka, lapor Manchester Evening News.

Emma berkata, mereka tidak dibenarkan masuk kerana baju Minie Mouse yang tertulis nama mereka. Mereka hanya dibenarkan masuk jika bersetuju untuk memakai jumper.

Swissport yang merupakan pemilik dan pengurus ruangan itu meminta maaf dan berkata pekerja mereka akan diberitahu semula mengenai tatacara pemakaian yang dibenarkan.

“Kami sangat kecewa dan tidak rasa bahawa T-shirt Minnie Mouse yang tertulis nama kami itu sebagai perkara yang salah,” kata Emma.

“Anak saudara saya menangis kelaparan.

“Mereka akhirnya membenarkan kami masuk selepas bersetuju untuk memakai jumper.

“Kami pernah memasuki ruangan rehat itu dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah,” katanya.

Menurut jurucakap Swissport, ruang rehat itu ada ketetapan tatacara pemakaian iaitu dibenarkan pakaian kasual yang kemas dan tidak dibenarkan memakai t-shirt, pakaian sukan dan gaun.

“Ketika insiden itu, pekerja kami bersalah kerana menyuruh mereka memakai baju lain untuk menutup t-shirt mereka.

“Kami meminta-maaf kepada keluarga itu dan mahu menyelesaikan perkara ini.

“Semua pekerja di Manchester Aspire Lounge akan diberitahu semula mengenai tatacara pemakaian untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” katanya. - Mstar
Dilarang Masuk Kerana Kemeja-T Minnie Mouse Dilarang Masuk Kerana Kemeja-T Minnie Mouse Reviewed by Unknown on August 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.