Seo Services

Gurauan 'Gila Retweet' Undang Kecaman



NEW YORK: Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) dikecam teruk oleh netizen selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi menerusi laman sosial Twitter apabila mengancam untuk menggugurkan bayinya jika tidak mendapat 4,000 retweet.

Dengan menggunakan akaun bernama Saipanting, wanita yang tidak diketahui nama sebenarnya itu, mengeluarkan tweet berbunyi, "4 bulan mengandung. 4,000 RT dan saya tidak akan menggugurkan bayi ini."

Tweet wanita terbabit mengundangan kemarahan pengguna laman sosial tetapi tidak lama kemudia dia mendakwa kenyataan tersebut sebagai gurauan.

Ramai netizen menyifatkan tindakan wanita terbabit sebagai cuba mendapatkan perhatian umum dengan cara yang tidak sepatutnya.

Sejak disiarkan pada 23 Ogos lalu, tweet wanita itu mendapat lebih 10,000 retweet dan 11,000 tanda like pada gambarnya.

Wanita terbabit bagaimanapun enggan memadamkan tweet kontroversi tersebut dan menganggap netizen yang mengecamnya terlalu serius terhadap gurauannya itu. - MAIL ONLINE

Gurauan 'Gila Retweet' Undang Kecaman Gurauan 'Gila Retweet' Undang Kecaman Reviewed by uMieySurianie on August 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.