Seo Services

Industri Aeroangkasa Negara Dijangka Tarik Pelaburan RM1b


KUALA LUMPUR: Industri aeroangkasa Malaysia terus berkembang kukuh dengan diunjurkan menarik pelaburan RM1 bilion tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata eksport produk dan komponen berkaitan aeroangkasa negara ini dijangka meningkat 20 peratus tahun ini, selepas mencatatkan eksport yang kukuh sebanyak RM5.5 bilion tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan komited menjadikan Malaysia sebagai negara aeroangkasa nombor satu di Asia Tenggara menjelang 2030.

Katanya, ekosistem aeroangkasa di negara ini berkembang pesat dalam tempoh lebih dua dekad lalu dengan lebih 200 syarikat aeroangkasa sedang beroperasi di Malaysia ketika ini.

"Malaysia kini menjadi antara pembekal utama kepada pengeluar global seperti Airbus, Boeing dan Rolls Royce," katanya pada sidang media sempena Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2017 (MyAERO'17) di sini, hari ini.

Sidang kemuncak itu dianjurkan buat pertama kali oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi mempromosikan kemampuan aeroangkasa tempatan dalam mengeluarkan produk aeroangkasa bertaraf dunia.

Mengenai prospek pertumbuhan industri aeroangkasa, Mustapa berkata, sebanyak 16,000 pesawat baharu dijangka dihantar ke Asia dalam tempoh 20 tahun akan datang, sekali gus menjadikannya pasaran aeroangkasa terbesar menjelang 2036. - BHOnline
Industri Aeroangkasa Negara Dijangka Tarik Pelaburan RM1b Industri Aeroangkasa Negara Dijangka Tarik Pelaburan RM1b Reviewed by Azmin on August 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.