Seo Services

Tingkat Perpaduan, Nilai Murni - Idris


KUALA LUMPUR: Perpaduan kukuh dalam kalangan kalangan rakyat, khususnya mahasiswa perlu ditingkatkan bagi melahirkan graduan bersifat holistik sebagai bakal pemimpin negara.

Perkara itu diingatkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh agar rakyat Malaysia sentiasa menghayati nilai perpaduan dalam usaha membina negara yang lebih balik.

"Nilai perpaduan amat penting kerana ia menerapkan jati diri rakyat negara ini. Kempen ini dapat menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan nilai murni, seperti mengucapkan sesuatu perkara baik.

"Apabila kita ucap perkara yang baik, secara tidak langsung kita buat perkara yang baik," katanya dalam ucapan perasmian kempen #SaySomethingNice 2017 di Universiti UCIS di Cheras, pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir; Canselor Universiti UCIS, Tan Sri Dr Rahman Arshad dan Pengerusi Kumpulan UCIS, Tan Sri Dr Musa Mohammad.

Kempen anjuran Zubedy (M) Sendirian Berhad dengan kerjasama Universiti UCIS itu bermatlamat membina sebuah negara yang positif dan bersatu padu.

Pengarah Urusan Zubedy, Anas Zubedy, berkata kempen yang memasuki tahun ketujuh itu berlangsung 17 hari, bermula 31 Ogos hingga 16 September.

"Tahun ini, kita mengetengahkan konsep perpaduan melalui pandangan seorang rakyat atau 'through the eyes of Malaysian',

"Kita mahu rakyat melihat negara sebagai satu, iaitu bangsa Malaysia," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran.

Katanya, lebih dari 30 aktiviti bakal dianjurkan dengan pembabitan lebih daripada 10 ribu rakyat di seluruh Malaysia. - BHOnline
Tingkat Perpaduan, Nilai Murni - Idris Tingkat Perpaduan, Nilai Murni - Idris Reviewed by Azmin on August 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.