Seo Services

KL2017: Silat Sumbang Dua Emas

Foto BH/ Syarafiq Abd Samad

KUALA LUMPUR: Skuad silat negara menghadiahkan dua lagi pingat emas menerusi Muhammad Faizul Nasir dan Siti Shazwana Ajak, sebentar tadi.

Muhammad Faizul memulakan hari terakhir sukan silat dengan cemerlang selepas menumpaskan pesilat Vietnam, Nguyen Dinh Tuan 5-0 pada aksi final acara tanding kelas B lelaki.

Siti Shazwana meneruskan aksi cemerlang pesilat negara apabila turut meraih emas kategori tanding kelas D wanita, dengan menewaskan atlet Thailand, Rewadee Damsri, juga dengan keputusan 5-0.

Dua pingat emas itu menyaksikan skuad silat negara kini sudah mengumpul lima emas secara keseluruhan.

Skuad negara memerlukan tiga lagi pingat emas untuk mencapai sasaran awal lapan emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). - BHonline
KL2017: Silat Sumbang Dua Emas KL2017: Silat Sumbang Dua Emas Reviewed by uMieySurianie on August 29, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.