Seo Services

Konvoi Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M Tiba Di Tanjung Simpang Mengayau


KUDAT: Empat orang peserta Konvoi Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M tiba di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat sekitar jam 1 tengah hari semalam.

Menurut ketua konvoi, Nurasiman Simon, jentera yang ditunggang terus memberikan kepuasan menunggang di tahap maksima.

"Hari ini, kami berpeluang untuk menunggang pada kelajuan maksima untuk tempoh masa yang agak lama dengan purata kelajuan maksima sekitar 100 km/j ke 110 km/j.

"Enjin terus beroperasi pada tahap maksima tanpa sebarang masalah walaupun dipaksa bekerja keras sepanjang perjalanan," katanya.

Beliau memberitahu, terdapat satu laluan mendaki yang mirip kepada laluan lama Bukit Kayu Malam di Sarikei yang dipenuhi banyak selekoh sebelum tiba di Kudat namun, ia langsung tidak mendatangkan masalah kepada jentera.

George pula memberitahu, perjalanan pergi amat menyeronokkan kerana cuaca panas namun perjalanan balik mereka sangat mencabar kerana mereka terpaksa menempuh hujan yang sangat lebat.

"Tidak sampai sepuluh minit perjalanan pulang, kami terpaksa meredah hujan yang lebat sehingga ke Bandar Raya Kota Kinabalu," katanya.

Mekanik konvoi, Sekawi Jamaluddin Tony menjelaskan kecemerlangan sistem enjin, gantungan dan brek model tersebut.

"Kami menempuh pelbagai keadaan permukaan jalan namun, sistem brek, gantungan dan enjin langsung tidak memberikan apa-apa masalah.

"Kami bernasib baik kerana motosikal kami dipasang dengan lampu depan tambahan.

"Ini membantu memberikan pencahayaan ekstra walaupun keadaan hujan yang sangat lebat ketika kami menunggang balik ke Kota Kinabalu," ujarnya

Hari ini, konvoi dijadual balik ke Bandar Raya Miri dan bermalam di sana sebelum mengharungi perjalanan paling panjang dalam jadual konvoi.

Mereka akan meredah perjalanan pulang ke Bandar Raya Kuching terus dari Bandar Raya Miri dengan jarak 719 kilometer tanpa henti. - Sarawakiana
Konvoi Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M Tiba Di Tanjung Simpang Mengayau Konvoi Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M Tiba Di Tanjung Simpang Mengayau Reviewed by Azmin on August 15, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.